Kamis, 31 Oktober 2013

Kembali Pada Tuhan - Jalaludin Rumi





Jika engkau belum mempunyai
ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang
baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu
berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan
doamu yang kering, munafik dan tanpa
keyakinan;
kerana Tuhan, dengan
rahmatNya
akan tetap menerima mata wang
palsumu! Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai
Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan
puluh sembilan saja.
Begitulah caranya! Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali
engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah
lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman: “Ketika engkau melambung ke
angkasa
ataupun terpuruk ke dalam
jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.

” Empat Lelaki Dan Penterjemah
Empat orang diberi sekeping
wang.
Pertama adalah orang Persia, ia
berkata, “Aku akan membeli
anggur.” Kedua adalah orang Arab, ia
berkata, “Tidak, kerana aku
ingin inab.”
Ketiga adalah orang Turki, ia
berkata, “Aku tidak ingin inab,
aku ingin uzum.” Keempat adalah orang Yunani, ia
berkata, “Aku ingin stafil.”
Kerana mereka tidak tahu erti
nama-nama tersebut, mereka
mulai bertengkar. Mereka
memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa
pengetahuan.
Orang bijak yang memperhatikan
mereka berkata, “Aku tidak
dapat memenuhi semua keinginan
kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian jujur
percayalah kepadaku, sekeping
wang kalian akan menjadi empat;
dan keempatnya akan menjadi
satu.”
Mereka pun tahu bahawa sebenarnya keempatnya dalam
bahasa masing-masing,
menginginkan benda yang sama,
buah anggur.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...